Wednesday 4 October 2017

MENAKLUKI GUNUNG KINABALU, SABAH, MALAYSIA : 15-19 SEPTEMBER 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Rasanya hampir 2 tahun juga aku tidak update blog. Maklumlah, sekarangni sibuk dengan kerja dan aku buat blog ini pun sebab nak simpan sebagai kenangan masa tua dan secara tidak langsung dapat dikongsi pengalaman kembara ilmu ini kepada pembaca. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Topik blog kali ini, aku nak kongsikan sedikit pengalaman pendakian ke Gunung Kinabalu yang aku tawan (ayat berlagak, haha...) pada 15-19 September 2017.

Aku dan Low's Peak :)

"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh, hati saya rindu"


Ini antara rangkap lagu yang sering aku nyanyikan semasa menakluki Gunung Kinabalu. 2 baris pertama aku nyanyi dan seterusnya kawan aku sambung nyanyi, haha. Untuk pengetahuan semua, trip pendakian Gunung Kinabalu ini adalah dirancang dan dikendalikan oleh syarikat aku bekerja iaitu Themed Attraction Resort and Hotel "TAR&H" di mana trip ini merupakan sebahagian dari KPI Training (daripada aku kena masuk kelas 40 jam, baik aku panjat gunung, hahaha...) dan diketuai oleh Mr.Ravichandran iaitu pendaki solo pertama Malaysia ke Gunung Everest. Segala perbelanjaan trip pendakian ditanggung oleh syarikat kecuali tiket kapal terbang (tiket pergi-balik JB-KK dalam RM550)Oklah, tanpa membuang masa silalah menghayati coretan aku ini :). 




15 September 2017 (Jumaat) :

  • Aku dan bersama 4 lagi kawan bertolak dari Senai International Airport ke Kota Kinabalu International Airport jam 7.20am (penerbangan terawal ke Kota Kinabalu).
  • 16 orang lagi akan bertolak dari Kuala Lumpur International Airport dan semua ahli kumpulan dikendaki berkumpul di Kota Kinabalu International Airport pada jam 12.00pm.
  • Setelah semua ahli sampai, kami terus ke Hotel Shangri-La untuk check in
  • Sebelum dinner, kami diberi penerangan untuk aktiviti hari esok oleh ketua ekspedisi iaitu Mr.Ravi. 
  • Hello Kota Kinabalu :)
Selamat Datang Ke Kota Kinabalu :)
Keperluan Aku #lowealpine #newbalanceboracay #ospreyexos



16 September 2017 (Sabtu) :

  • Kami perlu bersiap awal pagi iaitu jam 7.00am untuk ke Kampung Dumpiring Atas, Ranau, untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan iaitu mengecat dewan badminton (bahagian batuan). 
  • Aktiviti ini selain mengecat dewan badminton, ianya dapat mengeratkan lagi perhubungan bersama penduduk kampung melalui temubual dan sejarah Pekan Ranau dan sekaligus Gunung Kinabalu :).
  • Sebelum ke Kampung Dumpiring Atas, kami singgah sebentar di Pekan Kundasang untuk bergambar :).

Masa Untuk Bekerja..Hahaha...


Kami dan Pekan Kundasang
Aktiviti Mengecat Dewan Badminton


Kami dan Penduduk Kampung Dumpiring Atas Setelah Selesai Aktiviti Mengecat


  • Pada jam 5.00pm, kami terus ke Kinabalu Park untuk check in. Keadaan cuaca sejuk dan hujan renyai menemani waktu tidurku :).
  • Pada jam 7.00pm semasa dinner di Balsam Buffet Restaurant, kami diterangkan secara terperinci berkaitan pendakian Gunung Kinabalu oleh pekerja Kinabalu Park dan pantang larang semasa pendakian oleh En. Ravi (ketua ekspedisi).
10/10 Untuk Makanan Yang Disajikan. Sungguh Lazat Sehingga Menjilat Kuku :)
Check In - Grace House

Selamat Menjamu Selera :)
Sesi Penerangan Dari Ketua Ekspedisi Kami Iaitu En.Ravi


17 September 2017 (Ahad) :


  • Tiba masanya untuk kami bersiap untuk menakluki Gunung Kinabalu (baru nak bermula..haha..).
  • Jam 7.00am, kami sarapan dan seterusnya membuat pendaftaran di kaunter informasi. Segala keperluan pendaftaran dilakukan oleh ketua ekspedisi kami sebab kami tahu nak tawan gunung saja...hahaha...:)
  • Setelah selesai mendaftar, setiap seorang pendaki diberikan kad nama/ pas pendakian yang akan tertera nama si pendaki. Hanya pendaki yang mempunya kad nama sahaja yang akan dibenarkan untuk mendaki semasa pemeriksaan di pintu masuk Timpohon Gate. Barang yang tidak digunakan semasa pendakian, boleh disimpan di stor bilik informasi dengan bayaran RM12/ bag. Korang boleh susun strategi untuk kurangkan kos...huhu..
  • Jam 10.00am kami secara officially memulakan pendakian. Goodluck kepada semua 21 orang pendaki :).
Mount Kinabalu Trail Map
Pas Masuk Ke Gunung Kinabalu *Kena Simpan dan Jangan Hilang Sebab Akan Ada 2 Tempat Pemeriksaan Pas Masuk Di Timpohon Gate dan Pondok Layang-Layang


Nampak Macam Ringan, Sekali Timbang Berat Bag 8kg!!!...Haha..Tapi Aku Memang Nak Pikul Sampai Laban Rata.

Selamat Mendaki dan Takluk Gunung Kinabalu!!!-Mula Melalui Pintu Masuk Timpohon Gate

Hanya Mampu Tersenyum :)


Rehat Sebentar Di Setiap Check Point - Pondok Ubah


  • Jam 1.00pm, kami singgah sebentar di Pondok Layang-Layang untuk makan tengahari. Makanan disediakan oleh pihak penganjur yang mana termasuk didalam pakej. - roti sandwich, air mineral, pisang, biskut dan ayam goreng ipin dan upin..:).
  • Pendakian ke Laban Rata ditemani oleh hujan rengai-rengai tapi basah kuyup juga aku dibuatnya...hahaha...
  • Jam 2.30pm, aku sampai ke Laban Rata (pendaki ke-3 awal sampai). Masa yang diambil adalah 4 jam 30 minit untuk sampai ke Laban Rata. Not Bad :).
Ambillah Sedikit Makanan Untuk Alas Perut. Maklumlah, Masa Pendakian Dikatakan Hampir 5 Jam Ke Laban Rata

Alhamdulilah, Sampai Di Laban Rata Iaitu Tempat Untuk Bermalam Sebelum Summit Attack


  • Selepas mandi, kami bersiap untuk makan malam seawal jam 5.00pm. Makanan yang disediakan di Laban Rata boleh dikatakan setaraf restoran 5 bintang. Sungguh lazat dan sedap terutamanya masakan daging kambing black paper..fuhhh..
  • Jam 7.00pm, kami mengadakan sesi perbincangan untuk aktiviti seterusnya iaitu pendakian ke puncak seawal 2.30am.


Sila Beratur Para Pendaki :)


Carbo Loading



18 September 2017 (Isnin) :


  • Masa yang dinantikan sudah tiba. Keupayaan mental dan fizikal sebenar akan diuji pada masa ini. Jam 2.00am kami bangun untuk sarapan dan seterusnya bersiap untuk berperang dengan mental dan fizikal. Nasib aku ada buat latihan kardio dan fizikal sebelum ke sini. Agak membantu dari segi kekuatan diri.

Gaya si penakluk :) bersiap dengan baju tebal dan hydration bag #nanthanviporkrar untuk membawa sedikit makanan dan peralatan kecemasan.
  • Mula pendakian summit attack pada jam 3.00am dan perlu untuk sampai di Pondok Sayat-Sayat (final check point) sebelum jam 5.00am.
  • Kami selamat sampai di Pondok Sayat-Sayat pada jam 4.30am dan selepas pemeriksaan pas masuk, kami meneruskan pendakian ke puncak. Masa ini rasa gementar, gugup, suka, seronok, dan teruja semuanya ada. Laluan berlandaskan anak-anak tangga, batuan dan tali sebagai panduan.


















  • Alhamdulillah, kami sampi dan takluk puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.30am dengan masa pendakian 3 jam 30 minit. Cuaca pada pagi itu sangatlah baik dan rezeki kami dapat menakluki Low's Peak dengan mudah dan tiada sebarang masalah.
  • Keadaan cuaca sejuk dianggarkan 5 darjah celsius ketika dipuncak. Nasib baiklah aku pakai baju 3 lapis..haha..

Aku dan Low's Peak - 4095.2m

Johor Vs Sabah


Tahniah!!!


Terima Kasih Untuk Sponsorship :)


Penakluk Daripada Johor :)
  • Setelah hampir 1 jam berada di atas puncak Gunung Kinabalu, kami diarahkan untuk turun ke Laban Rata dan seterusnya check out sebelum jam 10.30am. Jadi, kami perlu turun dengan laju bagi memastikan tidak lambat untuk check out.
  • Untuk pengetahuan semua, jika lewat untuk check out pendaki akan dikenakan bayaran denda RM100 untuk 1 jam...hahaha...Better kemas siap-siap pada malam sebelum ke puncak sebab senang nanti turun je terus check out




































  • Kami team elite 10 orang telah sampai ke Laban Rata pada jam 10.00am dan bergegas untuk siap dan check out. 
  • Kami diarahkan untuk menunggu team non elite sampai ke Laban Rata untuk group foto. Tunggu sampai jam 12.30pm sebelum kami team elite dilepaskan untuk turun ke Timpohon Gate.
  • Masa turun pun kami ditemani hujan lebat sehingga basah kuyup dan ada diantara pendaki kekejangan otot yang akibatkan aktiviti menuruni gunung agak tergendala. Alhamdulillah, kami sampai ke Timpohon Gate pada 4.00pm dan seterusnya dibawa menaiki van ke kaunter pendaftaran bagi tujuan pengambilan sijil.










Tahniah Semua!!! Selamat Kembali, You Are Successful Climbers
  • Setelah semuanya selesai di Kinabalu Park, kami dibawa ke Hotel Shangri-La Kota Kinabalu untuk check in dan berehat setelah penat menakluki Gunung Kinabalu.
  • Pada malam terakhir sebelum balik, kami makan sepuasnya di restoran Seafood Haji Manja iaitu berdekatan Pasar Filipina. Makan untuk 7 orang dengan ikan jenahak stim, jenahak 3 rasa, ketam telur masin, sayur kailan, telur dadar, udang butter, dan air jus hanya RM200!!! murah tu...hahaha..nasib ada kawan orang Sabah..huhuu


19 September 2017 (Selasa) :



  • Sebelum check out, kami belilah apa yang patut untuk dibawa pulang sebagai cenderahati dan buah tangan buat orang tersayang. Aku beli ikan bilis siap sembelih (kahkahkah) RM30/kg , sotong kering RM15/paket dan udang kering RM20/kg. Kopak juga aku RM100++.
  • Kami check out jam 12.00pm dan terus ke Kota Kinabalu International Airport. Agak terlalu awal sebenarnya sebab flight kami jam 6.20pm!!!..haha..tapi tidak mengapa, kami hanya lepak kedai MCD sambil berbual-bual hingga petang...hahaha...
  • Sampai Senai International Airport jam 8.30pm dan terus ambil uber untuk ke rumah. Jam 9.30pm juga aku sampai rumah dan kemas baju semua sebab esoknya aku kerja..kahkah..

Penamat :

  • Terima kasih kepada syarikat kerana menaja trip kami ini dan memberi peluang untuk menakluki Gunung Kinabalu yang pada awalnya tidak terlintas untuk ke sana...hahaha..
  • Oklah, semoga pengalaman aku ini dapat dikongsi kepada semua orang dan menjadi pengalaman manis buat aku untuk aktiviti pendakian. Kepada mereka yang belum pernah takluk Gunung Kinabalu, aku sarankan rancanglah trip pada masa akan datang bagi melihat dan merasa sendiri kehebatan dan kecantikan ciptaan Allah. Sekian, assalamualaikum dan adios!!!