AUSTRALIA :
Negara Australia terbahagi kepada 7 negeri iaitu Western Australia, Northern
Territory, South Australia, Queensland, New South Wales, Victoria dan Tasmania
(rujuk En. Google) yang mana ibu Negara Australia adalah Canberra yang terletak
di negeri New South Wales (rujuk Gambar 1).
 |
| Gambar
1 : Map Negara Australia |
Aussie ni ada 4 musim. Memandangkan kali
ini kami pergi pada bulan Disember, so kami akan pergi pada musim Summer (Panas)! Kami pergi sebab masa ni semua ahli keluarga dapat cuti bersama.
Autumn (Luruh) :March-May
Winter (Sejuk) :June-Aug
Spring (Bunga) :Sept-Okt
Summer (Panas) :Nov-Feb
Cukuplah kot sekadar pengenalan kepada Negara Australia ni sebab kami nak ke Melbourne je...huhuhu..:)
FLIGHT KE MELBOURNE
Kami sudah rancang untuk ke luar negara sejak tahun lepas lagi sempena ada tawaran tiket murah. Kami tempah untuk 8 dewasa dan 1 bayi tetapi destinasi tidak diputuskan lagi. Kelirukan? Biasanya kalau dah tempah mesti sudah tahu destinasi nak kemana, tapi kami lain sikit atas sebab tertentu..hehe...kami naik flight Air Asia X. Untuk kos tiket kami perlu bayar RM800.00/orang (termasuk makan pergi & balik, luggage 25kg pergi & 25kg balik, perlindungan insuran) dan RM250/bayi...jadi, total untuk kos tiket bagi 8 dewasa & 1 bayi adalah RM6,650.00 saja...sangat2 murah dan berbaloi2...hehe...
 |
| Kapal Airbus Air Asia X |
Segala tempahan tiket ni aku serahkan kepada yang pakar iaitu agen tidak bertauliah kami (En. Z)...haha...Setelah membuat pembayaran sepenuhnya, maka tempahan tiket pergi dan balik telahpun selesai...Alhamdulliah, semuanya berjalan lancar dan terurus...Thanks En. Z..YAHOOO!!! tak sabar nak tunggu tarikh tersebut...hehe...
PERSEDIAAN KE MELBOURNE
Ada beberapa perkara wajib yang perlu diambil perhatian untuk ke luar negara. Jika ianya tidak lengkap, maka musnahlah harapanku...haha...
1) Passport
Pastikan passport sah sebelum 6 bulan dari tarikh penerbangan. Jika tidak, akan jadi masalah besar di imegresen (yang kaki travel wajib tahu bab ni...hehe...) - selesai
 |
| Passport dan Visa |
2) Visa
Untuk masuk ke negara Australia, diwajibkan membuat visa pelancong. Jika tidak, musnahlah harapanku...haha...untuk permohonan visa, kami serahkan kepada yang pakar iaitu agen pelancongan. Hanya membayar RM32.00/ orang. - selesai
3) Duit AUD
Kalau nak ke negara orang, mestilah kita tukar duit ikut negara tersebut bagi memudahkan urusan jual beli. Untuk trip ke Melbourne ni aku tukar RM2000.00. Oleh kerana matawang MYR jatuh teruk, jadi aku dapatlah AUD650.00...banyakkan?huhu...(rate 3.10).- selesai
 |
| Contoh Duit AUD20 |
4) Travel Adapter
Adapter Australia lain berbanding di Malaysia. Ada 2 & 3 pin tetapi condong. Sebaiknya beli di Malaysia anggaran RM20-RM40. Kalau beli di Melbourne, AUD25 (RM75)..fuh mahal..huhu..- selesai
 |
| Adapter Di Australia |
5) HP/ Camera
Sebagai orang muda, hp tidak boleh dipisahkan...haha...Mana tidaknya setiap tempat mesti diambil gambar untuk kenangan akan datang terutamanya pada diri sendiri dan pada masa akan datang. Aku bawa Sony Z3 sebab tahan lasak. Setiap gambar ada jalan ceritanya...hehe...-selesai
 |
| Sony Z3 |
6) Kredit Kad
Kredit kad sangat penting apabila berlaku kecemasan selain tempahan hotel dan kereta sewa menggunakan kredit kad, TUNAI tidak DITERIMA!...hehe...-selesai
7) Pakaian
Dari segi pakaian, aku tak terlalu cerewet sangat sebab apa yang ada aku pakai je...huhu...disebabkan Melbourne musim panas, jadi bawa je tshirt dan seluar panjang 3 set. - selesai
 |
| Bukan Bag Untuk Seorang Tapi Untuk 9 Orang...Hehe |
8) Makanan
Untuk ke Australia, bab makanan adalah sangat sensitif kerana bukan semua jenis makanan boleh dibawa terutamanya buah-buahan dan daging. Jadi, kami bawa makanan kering seperti biskut, roti, bubur 3in1, nescafe 3in1, nasi impit segera, mee maggi, dan macam2 lagilah..tak ingat..haha..- selesai
HARI PERTAMA : PERJALANAN PERGI (04/12/2015)
Kami bergerak dari rumah di Wangsa Maju ke KLIA2 jam 4.00pm menaiki kereta dan parking di Park&Ride Putrajaya dan bertukar menaiki KLIA Transit (RM6.20/orang) ke KLIA2. Sampai KLIA2 kami solat Qasar dan Jamak Fardu Zohor dan Asar dan seterusnya terus ke kaunter untuk check in luggage.
 |
| Proses Check In Luggage Berjalan Lancar, Alhamdulillah. |
Lepas je check in luggage, kami terus solat Qasar dan Jamak Fardu Magrib dan Isyak di surau berdekatan. Oleh kerana lapar menunggu flight iaitu jam 10.30pm, kami dinner dulu di KFC buat alas perut...hehehe..
 |
| Yahoo!!!Boarding Sudah Dapat, Jadi Tinggal Nak Masuk Kapalje..Hehe |
Masa yang ditunggu2 pun telah tiba, kami berlepas dari KLIA2 jam 11.00pm dan dijangka sampai di Melbourne Airport jam 6.00am (10.00am waktu Melbourne) iaitu 8 jam tempoh perjalanan dan beza waktu Melbourne awal 3 jam dari Malaysia.
 |
| Menu Dalam Flight : Chicken Stuffing Cranberry Sauce + Air Kotak + Air Mineral + Kek Tart Nenas |
Alhamdulillah, kami sampai tepat pada masanya iaitu jam 10.00am waktu Melbourne. Cuaca agak panas 35-40 C sebab memang musim panas pun...haha..selesai ambil luggage, kami terus call kereta sewa Apex Car Rental (agensi sewa kereta termurah) yang ditempah melalui online.
 |
| Welcome To Melbourne |
 |
| Kami Sudah Sampai!!!..Hehe |
 |
| Inilah Kerata Sewa Kami, 2 Buah Elentra AUD60/Car. Memang Selesa dan Berbaloi2 + Free GPS |
Selesai ambil kereta sewa, kami terus ke rumah sewa iaitu Homestay Tanamekar yang terletak di Coburg (63, Railway Place, Coburg 3058, Melbourne). Rumah mempunyai 4 bilik (AUD65/bilik) begitu selesa dan lengkap dengan keperluan rumah. Selepas check in homestay, kami ke Coles Market berdekatan (200m) untuk beli barang/ makanan sebab kelaparan...huhu...
 |
| Homestay Tanamekar di Coburg |
 |
| Beli Pisang Untuk Tambah Tenaga. AUD3/Kg..Murahnya, Tapi Jangan Convert Ke MYR..Huhu |
 |
Cari Kedai Jual Nasi Campur Tidak Jumpa (Ingat Di Malaysia Ke?Haha), Last2, Kebab Pak Arab (Tasty Doner Kebab) Jadi Mangsa Lamb/ Chicken AUD10/satu. Besar dan Kenyang Alhamdulillah. |
Selepas lunch, kami berehat sebentar di rumah untuk hilangkan penat setelah hampir 12 jam perjalanan...Oleh kerana waktu dah hampir petang, kami rancang untuk bersiar-siar di Bandar Melbourne. Kami parking kereta di Coles Supermarket dan menaiki train dari Coburg Station dan turun di Flinders Street Station (30 minit).
 |
| Aku dan Isteri Di Coburg Station |
|
 |
Kami di Flinders Street Station |
Seterusnya, kami ke arah Flinders Street untuk bersiar-siar menaiki FREE CITY TRAMS mengelilingi Bandar Melbourne. Aku dapati banyak bangunan-bangunan lama yang tetap utuh sehingga sekarang dan rekabentuknya yang unik serta susunatur bandar Melbourne yang sangat teratur dan strategik (Grid-Iron).
 |
| Free City Tram Zones Melbourne City |
|
 |
| Kami Menaiki Trams Old School No. 35 Mengelilingi Bandar Melbourne. |
|
 |
Laluan Tram Juga Laluan Kereta..Huhu..Malaysia Ado?Takdo Kan |
 |
| Kami Berada di Harbour Town dan New Quay |
|
 |
Sebelum Pulang, Kami Sempat Ambil Gambar Di Flinders Street Station Iaitu Tempat Wajib Bergambar Bagi Pelancong..Huhu..
|
 |
Aku dan Flinders Street Station |
HARI KEDUA : KE GREAT OCEAN ROAD (05/12/2015)
Kami cadang untuk bergerak dari homestay ke GOR jam 7.00am, akan tetapi kami gerak agak lewat sedikit sebab kawan aku yang bekerja di Melbourne nak ikot dan sanggup ambil cuti untuk jadi pemandu pelancongan tidak bertauliah kami...haha..thanks En.Roslan (Exroomate/Exclassmate UTM Skudai). Jadi, kami gerak jam 9.30am ke GOR dengan cuaca agak panas tetapi berangin. Kami sampi check point pertama di Torquay. Keadaan pantai sangatlah cantik dan bersih. 1 jam 30 minit juga nak sampai sini...huhu...
 |
| Inilah En. Roslan as Pemandu Pelancong Kami |
 |
| Gambar Disekitar Torquay |
Kami teruskan perjalanan untuk ke Twelve Apostles yang terletak di kawasan Princetown. Sekali tengok googlemap, lagi 3 jam (200km)...jauhnya!..tapi kami teruskan juga untuk kesana melalui jalan GOR. Sangat2 mencabar minda dan fizikal...huhu...
 |
| Great Ocean Road |
 |
Pantai di Sepanjang Great Ocean Road (Di Eastern View Kalau Tak Silap) |
Kami berhenti rehat di Apollo Bay (setelah 3 jam memandu) dengan penat dan lapar. Sangat mencabar laluan GOR ni...huhu...Yang memandu tetap memandu, yang penumpang letih ketiduran...haha...kami lunch di Iluka Restaurant (Halal food).
 |
Fish & Chip AUD10 (RM30) Dalam Piring Besar Sesuai Untuk 2 Orang (Tambah Sos Kena Bayar AUD1...Ciss..) |
 |
| Besar Punya!!!...Hahaha... |
 |
| Kawasan Perniagaan di Apollo Bay |
Lepas lunch, kami tanya En. Google lagi, sekali tengok untuk ke Twelve Apostles lagi 1 jam 30 minit!!!..sekarang dah jam 2.30pm. Kalau nak kesana then patah balik ke homestay ambil masa 4 jam!!..dah macam pergi Kemaman dari JB...huhu..setelah berbincang, kami batalkan hasrat untuk ke Twelve Apostles atas sebab kekangan waktu (wife aku paling sedih sebab dia yang nak pergi sangat, kita cuba lain kali ok sayang...hehe..). Jadi, kami ambil keputusan untuk balik ke homestay melalui jalan lain iaitu Prince HW. Pemandangan penuh dengan ladang lembu hitam dan kambing. Adalah masa aku memandu, terjumpa 2-3 ekor anak kangaroo kena langgar, kesian dia. Jam 6.00pm juga sampai homestay.
Selepas berehat dan bersihkan diri, kami bercadang ke Melbourne City untuk merasai suasana malam di bandar besar. Bandar Melbourne pada malam hari sangat2 meriah, 10X ganda meriah dari Bukit Bintang..haha...macam biasa, kami naik train dari Coburg Station dan turun di Flinders Street Station.
 |
| Suasana di Bandar Melbourne Terutamanya di Yarra River |
Dah penat berjalan, kami singgah makan malam di Restoran Blok M (Indonesian Food). Aku order nasi putih + daging kambing gulai + limau ais = AUD15...huhu...walaupun agak mahal, tapi sedap, alhamdulillah.
Dah siap makan, kami pun pulang ke homestay di Coburg manakala pemandu pelancong kami En. Roslan ke Springvale. Kami berpecah di Flinders Street Station. Alhamdulillah, selesai untuk trip hari kedua.
HARI KETIGA : KE BELGRAVE (MONBULK), DFO MOORABBIN, BRIGHTON BEACH, MELBOURNE CITY (06/12/2015)
Untuk trip hari ketiga ni, pemandu pelancong kami yang susun kan. Dia ajak ke tempat dia bekerja Fairview Hill iaitu ladang cherry, blueberry, blackberry dan rasberry. Tak sabar nak petih buah then makan puas2...haha...
Kami gerak jam 7.00am ke Springvale untuk ambil pemandu pelancong kami then terus ke Belgrave (Monbulk). Ambil masa dalam 1 jam 30 minit juga nak ke ladang tu. Alhamdulillah, kami sampai jam 10.30am.
Kami beli 5kg Cherry dan 1kg Blueberry untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai oleh2. Seterusnya, kami dibawa ke DFO (Direct Factory Outlet) di Moorabbin. Tempat ni orang perempuan paling suka sebab ada Corelle dan Pyrex..huhu..Untuk ke DFO ambil masa 1 jam dari Fairview Hill. Dalam tentatif, wife aku ada nak ke Puffing Billy iaitu tempat kereta api stim dan ada zoo haiwan seperti kangaroo, tapi masa tidak mengizinkan (sekali lagi wife aku sedih...huhu...).
 |
| Inije Gambar Aku Sempat Ambil, Harga Murah2. |
Dah selesai shopping, kami dibawa ke Brighton Beach iaitu pantai yang popular dengan rumah rehat berwarna-warni.
Kami singgah sekejapje di Brighton Beach ni, sebab nak kejarkan masa untuk beli souvenir sebab kami tak beli apa2 lagini. Kami terus ke Melbourne City untuk lunch. Punyalah jauh berjalan untuk lunch, 30 minit berjalan kaki. Susah cari makanan halal di Melbourne City kalau kita tak buat kajian awal2. Kami lunch di Restoran Nelayan (Makanan Indonesia). Nak cari kedai Malaysian Food memang tak jumpa lah..haha..
Lepas lunch, kami mulakan shopping souvenir apa yang patut untuk kami dan saudara mara. Aku je berabis AUD200 untuk souvenir saja..huhu..bak kata orang, kalau ke negara orang, belije apa yang berkenan sebab nanti tak menyesal kalau dah balik Malaysia...haha...Untuk ke Philips island juga kami batalkan kerana kesuntukan masa dan perjalanan agak jauh (kali kedua wife aku sedih, pergi lain kali ok..hehe).
 |
| Ole2 Untuk Aku..Haha |
Dah selesai shopping, kami pun balik ke homestay dengan rasa puas dan penat. Aku hantar kawan aku balik rumah dia di Springvale sebab train dah takda. So tak kisahlah janji dapat jalan2...huhu..sampai rumah agak lewat juga..jam 12.30am..esoknya dah nak kena bangun jam 6.00am sebab nak balik dah..ala..kejapje rasa..huhu..malam tu kami kemas siap2 untuk luggage.
HARI EMPAT: PERJALANAN BALIK (07/12/2015)
Kami bagnun awal jam 6.00am untuk bersiap ke airport. Flight jam 10.30am so kena datang awal sebab nak settlekan kereta sewa lagi. Kami hantar barang2 dulu di airport dan seterusnya ke agensi sewa kereta (Apex Car Rental). Dari airport dalam 10 minit je.
Alhamdullilah, kami berlepas dari Melbourne Airport jam 11.00am dan dijangka sampai di KLIA2 jam 4.00pm (waktu Malaysia).
 |
| Uncle Chin Chicken Rice Tapi Tiada Kuah & Sambal...Hampeh |
 |
| Bye Wallabies |
Banyak sebenarnya tempat kami hendak pergi, akan tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab masa dan jarak perjalanan contohnya Twelve Apostles, Puffing Billy, Philips Island, Zoo, Maru, Chocolate Factory dan lain2. Inilah risiko yang kita kena hadapi kalau kita pergi trip tanpa menggunakan agen. Segala perancangan kita kena buat sendiri.
Tapi tidak mengapa, kami dapat jimat banyak kos dan masa fleksibel. Oleh kerana percutian agak singkat, kami rasa puas sebab dapat juga menjejakkan kaki di bumi AUSTRALIA. Untuk makluman semua, kos untuk trip ke Melbourne kalini termasuk tiket, homestay, kereta sewa, souvenir, dan lain2..hanya RM2000.00/ orang...jimat kan..hehe..kalau ikot agen, sah2 kena topup RM1500.00 untuk trip saja tanpa flight...hehe..Sampai disini sajalah aku boleh kongsi pengalaman aku dan keluarga untuk trip ke Melbourne.
ASSALAMUALAIKUM
Cmna ea nak dpt tiket murah?
ReplyDeletesy booking masa airasia buat promosi..huhu
Delete